Background

Islam menekankan kelestarian dan kemapanan bumi yang melarang manusia merosakan alam semula jadi seperti yang di firman oleh Allah S.W.T

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِي ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِي ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِي         

  عَمِلُواْ  لَعَلَّهُمۡ  يَرۡجِعُونَ ٤١ 

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (Surah al-Rum: 41)

Bagi Mencapai Matlamat yang dirancangkan serta meluaskan skop pengajiannya, USIM bertekad untuk menubuhkan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang boleh membantu ke arah mengembangkan ilmu-ilmu amali sains kejuruteraan dan senibina Islam yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat, negara dan manusia sejagat.

FKAB telah ditubuhkan dan beroperasi secara rasmi di USIM pada 4 Januari 2016. Penubuhan FKAB adalah selari dengan aspirasi Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara dan juga Bidang Keberhasilan Utama (KRA) kedua USIM iaitu menawarkan program pengajian yang diiktiraf bukan sahaja dalam negara malah juga di peringkat antarabangsa.

FKAB bertekad melahirkan jurutera dan arkitek yang profesional yang beretika tinggi dan berlandaskan sifat Al-Qawiy dan Al-Amin. Sifat Al-Qawiy dimiliki oleh para Anbiya yang mempunyai kemahiran khusus dalam kejuruteraan dan alam bina. Sebagai contoh Nabi Adam, pakar bidang pertanian dan pengasas tamadun manusia; Nabi Nuh, jurutera kapal besar; Nabi Harun, pakar komunikasi; Nabi Daud, pakar industri besi;  Nabi Yusuf, ekonomi dan pentadbiran; Nabi Sulaiman, Raja, senibina dan pentadbiran dan Nabi Isa, perubatan. Sifat Al-Amin pula melahirkan ahli profesional yang memiliki sifat Sidiq, Amanah, Tabligh dan Fatonah.

FOLLOW US

 

FACULTY OF ENGINEERING AND BUILT ENVIRONMENT
Level 2, Faculty of Science and Technology Building
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai
71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel : +606-798 6519/6570
Fax : +606-798 6572

mailto e-mail contact