Aluan Dekan

//Aluan Dekan
Aluan Dekan 2019-01-09T09:32:03+00:00

Assalamualaikum wbt,

Selamat datang ke Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Di sinilah tempat di mana minda kreatif dan inovatif dipupuk menjadi untuk menjadi pemimpin masa hadapan dalam bidang kejuruteraan elektronik dan bidang senibina. FKAB telah ditubuhkan pada 4 Januari 2016 sekaligus menjadi fakulti ke-9 di USIM. Misi utama FKAB adalah untuk menerajui integrasi naqli dan aqli dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan pembangunan, penerbitan ilmiah, dan kegiatan pelajar dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan. Hal ini selaras dengan visi dan misi universiti iaitu integrasi naqli dan aqli. Falsafah naqli dan aqli adalah nic USIM. Misi FKAB adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai sifat al-qawwy (profesional) dan al-amin (integriti).

Pada masa ini, FKAB mempunyai dua jabatan yang menawarkan bidang kejuruteraan elektronik dan bidang senibina. FKAB terdiri daripada kakitangan akademik yang datang dari pelbagai institusi pengajian tinggi serta agensi kerajaan di Malaysia. Sesungguhnya, dengan pengalaman mereka yang luas dalam amalan industri dalam bidang berkaitan, tenaga pegajar yang ada ini dapat menyumbang dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.

FKAB dilengkapi dengan peralatan makmal terkini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang kejuruteraan elektronik dan senibina. Keseluruhan program akademik yang ditawarkan dipantau dengan ketat oleh badan-badan profesional masing-masing. Program kejuruteraan elektronik telah mendapat akreditasi penuh dari Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) yang telah menandatangani Washington Accord (WA). Oleh itu, graduan kejuruteraan elektronik FKAB akan berada dalam kedudukan yang baik bersaing di peringkat global. Sementara itu, program senibina telah diberikan pengiktirafan bersyarat dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Di masa hadapan, FKAB akan memperkenalkan program-program baru seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan kimia, ukur bahan, perancangan bandar dan banyak lagi. Justeru itu, jika anda tergolong dalam minda kreatif dan inovatif maka anda sangat dialu-alukan untuk menjadi sebahagian daripada warga FKAB.

Terima kasih atas kunjungan anda dan saya ingin menjemput anda untuk melawat laman web kami dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai fakulti dan program akademik yang ditawarkan di FKAB. Kami berharap semua maklumat yang telah dikongsikan dapat membantu pemahaman anda tentang FKAB dengan lebih baik.

Sekian.