FKAB Merangkul 8 Anugerah Emas di Innovation Bank Challenge USIM 2025

/, Hebahan, News, Uncategorized/FKAB Merangkul 8 Anugerah Emas di Innovation Bank Challenge USIM 2025

29 Oktober 2025 | Program Innovation Bank Challenge USIM 2025 dengan tema “Innovation for the Wellbeing of Ummah” telah berlangsung meriah di Dewan Tuanku Canselor, USIM. Acara tahunan ini menghimpunkan penyertaan daripada semua fakulti di USIM sebagai platform bagi memperkasa idea-idea kreatif dan penyelidikan berimpak tinggi ke arah kesejahteraan ummah. Pertandingan ini menjadi medan warga USIM mengetengahkan hasil inovasi yang menggabungkan nilai intelektual, etika, dan kelestarian sejajar dengan misi universiti sebagai “Universiti untuk Rahmatan Lil ‘Alamin.”

Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) tampil cemerlang apabila berjaya merangkul lapan (8) Anugerah Emas menerusi projek-projek inovatif berikut:

1. Madihah Mat Idris – ARTISTRY HUB: A Self-Learning Mobile Platform for On-the-Go Sketching, Drawing, and Painting;

2. Nurul Syala binti Abdul Latip – KOD JAWI GPT: Towards AI Syariah;

3. Madihah binti Mat Idris – EDUGARDENXR: An AR/VR-Based Islamic Energy Garden for Shariah-Compliant Sustainable Learning;

4. Muhammad Sufi Bin Alias – NUSA Harapan: A Heritage-Driven Innovation Centre for Renewal and Hope in Petaling Street, Kuala Lumpur;

5. Norkhairin Liyana Binti Khairulnizan – EcoWeave: Green Innovation Hub for Homeless Shelter and Community Sustainability in Petaling Street, Kuala Lumpur

6. Wan Norisma Wan Ismail – MODSOLARIS: Smart Eco-Oasis Modules for Resilient Community Living;

7. Elina Mohd Husini – EcoFreeze;

8. Mahfuzah Samirah Ideris – Conceptual Modelling of Gold Authentication System Based on Ultrasound Propagation Analysis

Kejayaan ini sekali lagi membuktikan komitmen FKAB dalam memperkukuhkan budaya inovasi dan penyelidikan berteraskan nilai Islam serta kesejahteraan sejagat.

2025-11-07T12:05:28+00:00