Rezeki Penyelidik FKAB Memperoleh Geran FRGS 2025

//Rezeki Penyelidik FKAB Memperoleh Geran FRGS 2025

7 November 2025 | Syukur Alhamdulillah, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila berjaya mendapat tiga (3) Geran Penyelidikan FRGS di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Tahun 2025. Majlis penyampaian geran tersebut telah disempurnakan bersempena dengan Festival of IDEAS (FOI) 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). FKAB merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua penerima geran atas kejayaan ini. Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada seluruh warga akademik FKAB untuk terus berusaha memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi demi kecemerlangan bersama.

2025-11-11T12:13:09+00:00