FKAB Luaskan Jaringan Industri bersama SeetizenLab

/, News/FKAB Luaskan Jaringan Industri bersama SeetizenLab

11 Nov 2025 | Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh jaringan strategik industri melalui pemeteraian Letter of Intent (LoI) bersama SeetizenLab. Majlis penukaran LoI ini telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), menandakan satu langkah penting dalam memperkasa kolaborasi antara institusi akademik dan industri kreatif.

Kerjasama ini memfokuskan kepada pelaksanaan program Phygital Lab, satu inisiatif yang menggabungkan aspek kreatif, fizikal dan digital (creative + physical + digital) dalam membangunkan ekosistem reka bentuk bandar dan penyelesaian inovatif untuk memacu kemajuan Negeri Sembilan di kawasan central dan regional.

Inisiatif ini seiring dengan hasrat FKAB untuk meneroka pendekatan baharu dalam reka bentuk bandar lestari dan teknologi pintar, selaras dengan agenda pembangunan negara berteraskan inovasi, kelestarian, dan kesejahteraan komuniti. Melalui kolaborasi ini, pelajar dan penyelidik FKAB akan berpeluang untuk meneroka pengalaman industri sebenar serta memanfaatkan kepakaran SeetizenLab dalam bidang reka bentuk berasaskan komuniti dan teknologi imersif.

Tahniah kepada FKAB dan SeetizenLab atas jalinan strategik ini. Semoga kerjasama ini menjadi platform berimpak tinggi dalam memperkasa pembangunan Negeri Sembilan sebagai negeri peneraju inovasi kreatif dan lestari.

2025-11-11T12:35:00+00:00