Global Islamic Student Outreach (GISO) 2026: Engineering Expedition to the Heart of Batam, Indonesia

/, Student Activities/Global Islamic Student Outreach (GISO) 2026: Engineering Expedition to the Heart of Batam, Indonesia

BATAM | Seramai 17 mahasiswa tahun 4 jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), bersama seorang pegawai pengiring, Ir. Ts. Dr. Shamsul Fahmi Mohd Nor, telah melaksanakan program Global Islamic Student Outreach (GISO) 2026: Engineering Expedition to the Heart of Batam, Indonesia. Program selama 4 hari (17-20 Ogos 2026) ini merangkumi komponen-komponen GISO (Pemindahan Ilmu, Libatsama Masyarakat, Pertukaran Budaya dan Kelestarian Alam) di samping mengasah pengetahuan mahasiswa terhadap kejuruteraan dalam masyarakat dengan jumlah keseluruhan 18 jam aktiviti.

Mahasiswa berpeluang mengunjungi Fakultas Teknik, Universitas Universal (UVERS) untuk melaksanakan program kejuruteraan dalam Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (INAQ) dan pemeteraian Surat Niat atau Letter of Intent (LOI) bagi tujuan kolaborasi dalam penyelidikan serta aktiviti insaniah antara komuniti Fakultas Teknik, UVERS & FKAB, USIM. Program ini turut menerima tajaan daripada Sapora Book Hub, Nilai yang menyumbang dalam bentuk keperluan aktiviti program.

2026-09-03T11:54:47+00:00