Sumbangan SUV oleh MAZDA (M) Sdn Bhd kepada FKAB

/, News/Sumbangan SUV oleh MAZDA (M) Sdn Bhd kepada FKAB

NILAI – Pihak kerajaaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan Malaysia telah meluluskan kepada Mazda (M) Sdn Bhd untuk menyumbang sebuah kenderaan kepada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB). Terdahulu, permohonan dari FKAB telah dibuat kepada pihak Mazda pada tahun 2020 di atas usaha mantan Dekan FKAB ketika itu iaitu Prof. Madya Ar. IDr. Dr. Elina Mohd Husini.

Sumbangan kenderaan baharu jenis SUV CX8 dari Mazda (M) Sdn Bhd yang bernilai RM189,800.00 telah dipindah milik kepada FKAB secara percuma sepenuhnya untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan penyelidikan. Dengan pemilikan kenderaan ini, FKAB akan mengambil peluang yang sebaiknya untuk mengukuhkan proses PdP dan penyelidikan berkaitan electronics in automotive yang merupakan sistem penting masa kini bagi mengawasi fungsi pengurusan enjin, keselamatan, pencucuhan (ignition) dan infotainment. Terdapat beratus modul elektronik yang berbeza dengan berbilang cip (multiple chips) yang semakin meningkat dalam industri automotif. Ini juga dapat meluaskan kajian yang selari dengan bidang kepakaran pensyarah FKAB dalam bidang sensor and protocols, smart devices and IoT, artificial intelligence dan lain-lain lagi kepakaran yang berkaitan. Pihak USIM dan FKAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mazda (M) Sdn Bhd di mana penyerahan replika kunci kereta ini diserahkan oleh En. Zuraimi Mohd Razali, Manager, Government Affairs.

Gambar: Majlis USIM bersama MAZDA Malaysia Sdn Bhd

2024-02-02T17:17:37+00:00