Majlis Apresiasi dan Perasmian Alumni Chapter FKAB 2023

//Majlis Apresiasi dan Perasmian Alumni Chapter FKAB 2023

15 Dis 2023 : FKAB – Alhamdulillah, kesemua kumpulan persatuan pelajar FKAB yang terdiri daripada PMFKAB, ELESCO dan Armada telah berjaya menganjurkan Majlis Apresiasi dan Perasmian Alumni Chapter FKAB 2023 di Dewan Kolej Permata Insan, USIM, Nilai. Majlis Apresiasi 2023 adalah bertujuan untuk meraikan kejayaan para pelajar FKAB sepanjang tahun 2023 dalam akademik, inovasi dan aktiviti-aktiviti yang berdasarkan elemen GIINA. Perasmian Alumni Chapter FKAB 2023 turut diadakan pada malam tersebut dengan kehadiran Pengarah Pusat Alumni USIM, Tuan Haji Mazlan Nawang. Kedua-dua majlis ini telah disertai oleh semua pensyarah dan staf pentadbiran FKAB.  

2024-02-05T12:58:19+00:00