Pelancaran Naskah Hala Tuju Pendidikan Senibina Negara 2030 (HPSN 2030)

/, Hebahan, News/Pelancaran Naskah Hala Tuju Pendidikan Senibina Negara 2030 (HPSN 2030)
NILAI – Majlis Pelancaran Naskah Hala Tuju Pendidikan Senibina Negara 2030 (HPSN 2030) telah dirasmikan oleh Dato’ Prof. Dr. Norzaini Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Penyelidikan) bertempat di Dewan Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan. Dokumen HPSN 2030 akan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada Pemberi Pengajian Tinggi Senibina (PPTS) dalam merealisasikan pelaksanaan pendidikan seni bina yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Ini penting bagi melahirkan graduan seni bina dan staf akademik yang berdaya saing di luar sana.
Penganjuran HPSN 2030 ini yang julung kalinya dianjurkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), telah dirangka dan dirancang penganjurannya oleh warga Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) selaku tuan rumah dan mendapat kerjasama Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).
Sumber asal: Facebook USIM
2024-02-28T12:25:49+00:00