PERANCANGAN LAMAN TRADISIONAL RUMAH REMBAU

//PERANCANGAN LAMAN TRADISIONAL RUMAH REMBAU

REMBAU, 17 OKTOBER 2018 – Pasukan pemuliharaan bangunan tradisional dari Jabatan Senibina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, USIM yang diketuai oleh Dr. Nurul Syala Abdul Latip telah mengadakan pertemuan empat mata bersama Y.T.M Undang Luak Rembau, Y.T.M Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip Haji Othman bagi membincangkan idea pemuliharaan khazanah warisan di daerah tersebut. Dalam pertemuan itu, agenda utama yang menjadi fokus adalah misi membangunkan sebuah laman yang mengumpulkan beberapa buah rumah tradisional daerah Rembau di dataran undang luak Rembau. Projek ini adalah sebahagian daripada langkah awal FKAB menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan rumah tradisional Negeri Sembilan.

2022-10-07T12:04:45+00:00