UCSF-USIM Meterai MOA Bagi Penawaran Program Seni Bina Di Sabah

//UCSF-USIM Meterai MOA Bagi Penawaran Program Seni Bina Di Sabah

KOTA KINABALU, SABAH – University College Sabah Foundation (UCSF) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bagi usaha menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Senibina di Sabah. Menerusi MOA itu USIM akan bekerjasama dalam membantu membina kurikulum serta menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Senibina bagi UCSF sehingga mencapai akreditasi.

Naib Canselor UCSF, Dr. Rafiq Idris berkata, kerjasama perjanjian itu membuka ruang luas kepada penghasilan tenaga kerja mahir dan profesional untuk masa hadapan dalam bidang senibina. Beliau berharap program itu dapat mula ditawarkan dalam tempoh kurang dari setahun. Dr. Rafiq juga mencadangkan agar tema senibina Borneo menjadi antara pengisian sebahagian matapelajaran yang bakal ditawarkan kelak.

Ini bakal menjadikan kursus ini unik dengan kekayaan budaya serta senibina pelbagai kaum yang ada di negeri Sabah”, jelasnya.

Turut hadir,  Pro-Canselor UCSF, Datuk  Gulamhaidar @ Yusuf Khan Bahadar.

Sumber asal: https://sabahnews.com.my/ucsf-usim-meterai-moa-bagi-penawaran-program-seni-bina-di-sabah/

2024-01-23T11:11:47+00:00