USIM-CMU Meterai Perjanjian MoA

/, News/USIM-CMU Meterai Perjanjian MoA
USIM melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Cardiff Metropolitan University (CMU) dalam bidang robotik khususnya dalam memberi inspirasi untuk mempromosikan pendidikan inklusif dan memperkasakan orang kurang upaya. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada memanfaatkan teknologi robotik dan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) untuk meningkatkan peluang pembelajaran terutamanya bagi orang kurang upaya.
Kerjasama antarabangsa ini adalah bagi memperkasakan keterlihatan (visibility) USIM serta Kementerian Pendidikan Tinggi di mata dunia khususnya di benua Eropah. Inisiatif ini juga menunjukkan bahawa USIM serta Kementerian Pendidikan Tinggi mampu menjadi hub pendidikan tinggi yang terampil di dunia.
Dengan mengambil kira bidang bitara integrasi Ilmu Naqli dan Aqli, USIM – CMU akan bekerjasama dalam menubuhkan Eureka Robotic Centre di USIM di samping penyertaan dalam dual PhD Programme, joint publication, join grant application serta penyelidikan.
Jaringan kerjasama USIM-CMU bermula ketika Program Malaysia-United Kingdom Higher Education Collaboration Enrichment Programme (MY-UK HECEP) pada bulan September 2022 di London, UK. Sebagai tanda kerjasama antarabangsa, CMU telah melawat USIM pada bulan Oktober tahun 2022 dan telah menyumbangkan USIM sebuah Sanbot Elf Robot (EUREKA
Robot) kepada USIM bagi tujuan pendidikan dan penyelidikan.
Hari yang bersejarah ini telah disaksikan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi serta Sinead Gallagher, Timbalan Pengarah Pendidikan dari Kerajaan Welsh serta Profesor Cara Aitchison, Naib Canselor CMU.
2023-09-06T10:32:35+00:00