5 Nov 2025 | Kumpulan dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina yang diketuai oleh Dr Wan ‘Iffah Wan Ahmad Nizar telah meraih tempat ketiga di Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) – Kategori Pengalaman Pembelajaran Imersif Maya – Kanta Kompus. Ahli kumpulan terdiri daripada Prof. Madya Dr. Noor Hayati Ismail, Dr. Nor Syahila Ab Rashid, Prof. Madya Dr. Elina Mohd Husini dan Prof. Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip. Pemenang membawa pulang RM3,000, sijil, serta trofi.