PAM ARCHITECTURAL HERITAGE STUDENT INVENTORY 2025 @ KAMPUNG LAUT, KELANTAN

/, Student Activities/PAM ARCHITECTURAL HERITAGE STUDENT INVENTORY 2025 @ KAMPUNG LAUT, KELANTAN

17 Nov 2025 | Program PAM Architectural Heritage Student Inventory 2025 @ Kampung Laut, Kelantan telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2025 bertempat di Kampung Laut, Kelantan. Seramai 22 orang pelajar USIM (delegasi terbesar program kali ini) yang terdiri dari pelajar Seni Bina tahun 3, tahun 2 dan tahun 1 serta dua orang pensyarah pengiring telah menyertai program tahunan ini yang bertujuan mengkaji dan mendokumentasikan kawasan warisan di seluruh Malaysia.

Tahun ini, tumpuan diberikan kepada Kampung Laut dan Masjid Kampung Laut; sebuah tapak warisan yang mempunyai sejarah luar biasa melebihi 600 tahun. Para pelajar telah digabungkan bersama peserta dari pelbagai universiti termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), KKTM, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan TAR College bagi melaksanakan kerja inventori bangunan serta persekitaran kampung, dengan harapan agar Kampung Laut dapat diwartakan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sepanjang program, para peserta berpeluang merakam foto, mempelajari seni bina tradisional, berinteraksi dengan komuniti setempat serta merasai kehangatan dan keramahan masyarakat Kelantan. Program ini bukan sekadar medan pembelajaran, tetapi juga menjadi pengalaman bermakna dalam menghayati warisan seni bina Melayu, menjiwai nilai komuniti, dan menyemai rasa cinta terhadap khazanah warisan negara.

2025-11-19T16:24:46+00:00