FESTIVAL INOVASI FKAB BERLANGSUNG MERIAH

//FESTIVAL INOVASI FKAB BERLANGSUNG MERIAH

NILAI, 25 Mac 2018 – Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (PMFKAB) bersama sama ELESCO dan ARMADA telah menganjurkan FKAB Fest yang berlangsung pada 15 dan 16 Mac 2018. Program ini telah dirasmikan oleh dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Prof Kamaruzzaman bin Seman. Terdapat beberapa tempat pameran dibuka untuk memperkenalkan projek-projek inovasi yang dihasilkan oleh pelajar-pelajar FKAB dalam jurusan Kejuruteraan dan Alam Bina. Selain itu, terdapat juga pertandingan yang dianjurkan antaranya Innovation Challenge yang dibuka penyertaan kepada pelajar tamhidi. Objektifnya adalah untuk menerapkan daya kreatif pelajar dan memperkenalkan FKAB kepada pelajar-pelajar tamhidi. Selain itu, terdapat aktiviti slot lain seperti Career Talk, Industrial Talk dan sebagainya untuk memberi gambaran kepada pelajar-pelajar FKAB tentang peluang kerjaya dan cabaran diluar kampus selepas mereka menjadi graduan kelak.

Semoga dengan adanya FKAB Fest lebih ramai pelajar berminat untuk mengetahui FKAB lebih mendalam dan menjadi sebahagian dari fakulti ini.

2022-10-07T12:05:08+00:00